Wednesday, February 15, 2012

Kek coklat tanpa butter
















Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A

1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
=====================================================================
** Topping **

1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara

1)Pukul telur hingga kembang

2)Masukkan gula dan pukul lagi

3)Kemudian masukkan minyak masak

4)Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

5)Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

6)Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Kek coklat guna microwave








Bahan-bahan ( 1 loaf poundcake )

100g mentega
100g gula
2 biji telur- dipukul sedikit.
40g tepung gandum
40g serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
Cara-cara

1)Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sehingga putih.

2)Masukkan pula telur sikit demi sikit. Pukul sehingga sebati.

3)Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.

4)Masukkan adunan ke dalam acuan yg boleh diguna utk microwave.

5)Kemudian masukkan ke dalam microwave. Masak selama 4 minit 30 saat - 5 minit dengan 500W.
 Bila dah masak tu mungkin ada bahagian yg lembik. Jangan risau, kek tu dah masak sebenarnya.. bahagian lembik tu yg paling sedap. Kek ni sesuai juga dimakan dengan vanila icecream, jadikannya sebagai dessert

Resepi Coklat Oreo


Resepi Coklat Oreo

Saya pasti anda pernah mencuba biskut oreo tetapi pernahkah anda mencuba resepi coklat oreo truffle ? Senang sahaja untuk menyediakan bebola coklat oreo ini. Anda boleh jadikan bebola coklat oreo sebagai pencuci mulut kerana rasanya yang lazat dan penyediaannya yang cepat. Jom kita tengok bagaimana ingin menyediakan coklat oreo  ini :

Resepi Coklat Oreo : Bahan Bahan Yang Diperlukan

1) 1 paket oreo. Jika anda ingin menyediakan banyak, boleh gunakan lebih dari 1 paket.
2) 1 paket keju krim (cream cheese)
3) Coklat compound/masakan untuk menyalut oreo truffle anda nanti.
Bahan-bahan untuk resepi coklat oreo ini boleh didapati di pasaraya atau kedai kek yang berhampiran.

Resepi Coklat Oreo : Cara Menyediakan

1) Kisar biskut oreo dengan menggunakan pengisar. Kuantiti biskut oreo bergantung kepada kuantiti oreo truffle yang anda ingin hasilkan. Pastikan biskut oreo dikisar menjadi halus supaya mudah untuk anda gaulkan bersama keju krim.
2) Masukkan 1 paket keju krim ke dalam serbuk oreo yang telah dikisar. Gaulkan dengan menggunakan tangan.
3) Bentukkan bebola oreo atau oreo truffle dengan menggunakan tangan.
4) Setelah siap, anda boleh mula cairkan coklat. Coklat ini akan digunakan untuk menyalut bebola oreo yang anda sediakan sebentar tadi. Cara untuk mencairkan coklat ini adalah dengan menggunakan set double boiler. Cara mencairkan menggunakan double boiler pernah diterangkan dalam resepi coklat homemade, atau anda boleh menonton video di bawah.
5) Apabila coklat sudah cair, anda bolehlah celupkan setiap bebola oreo anda ke dalam coklat. Sejukkan coklat yang telah disalut di dalam peti ais.

Klik Sini Video Resepi Coklat Oreo




Resepi Coklat Chip


Resepi Coklat Chip
Saya tahu anda dah tak sabar nak cuba resepi coklat chip. Jangan risau resepi ini tak akan ke mana-mana ;-) Seperti biasa kita akan mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan biskut coklat chip ini.

Resepi Coklat Chip : Bahan-bahan Utama

  • 250g mentega
  • 150g gula perang
  • 150g gula kastor
  • 3 kuning telur
  • 300g tepung
  • 3 camca teh baking power
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 100g coklat chip
  • 100g badam yang dicincang
  • esen vanila secukup rasa

Resepi Biskut Coklat Chip Cara Menyediakan

1) Ayak tepung, baking power, soda bikarbonat dan serbuk koko bersama
2) Masukkan gula kastor dan gula perang bersama mentega dan pukul campuran sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan kuning telur dan teruskan pukul.
3) Campur bahan-bahan yang telah diayak dalam langkah (1) ke dalam adunan dalam langkah (2) Masukkan coklat chip dan juga badam yang telah dicincang. Gaul sehingga sebati.
4) Dengan menggunakan tangan/sudu/acuan, bentukkan bulatan biskut dan susun bulatan biskut tersebut di atas tray. Bulatan yang dibentuk janganlah terlalu besar dan bila susun jarakkan antara satu sama lain sejauh 2 inci antara satu sama lain kerana biskut yang dibakar nanti akan mengembang dan menjadi besar.
5) Sudah siap bolehlah dibakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 170 darjah celcius (bergantung pada oven masing-masing)

Resepi Coklat Chip Sungguh Senang !

Ya, betul! Resepi ini sungguh senang dan anda pun boleh lakukannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah sediakan bahan-bahan di atas dan ikut langkah yang telah diterangkan.
komen ye...sekian dulu dari saya xD...

Monday, February 13, 2012

PUDING COKLAT


Cara buat puding coklat

Rich Chocolate Pudding

Rich Chocolate pudding yang glamour ni dah lama saya nak try. Tapi asyiklah tertangguh-tangguh sebab tak cukup bahan dan peralatan….  tengok kaler pudding yang gelap dan berkilat2 dari dapur kengkawan yang dah cuba, membuat kiter pun tak tahan nak cuba jugak… paling teringin nak tau rasa dia macammana!!!!! Walaupun agak jauh ketinggalan keretaapi.
Resepi Rich Chocolate Pudding ( sumber C&P : Dapur Ros/ sumber asal: Dapur Jun )
Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

Ads Inside Post