Berkongsi resepi makanan menggunakan chocolate.Sumber resepi dari pelbagai sudut, Apa saja resepi disini boleh disalin semula.."semoga bermanafaat untuk semua". "Tunggu 5sec Skip add ya"
Wednesday, June 17, 2015
Walnut Brownies Chocolate Cheese Cake
Bahan-bahan:
250g butter
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil esen vanilla
Kacang walnut yang dipanggang dan dicincang
* Sukatan guna cawan teh
Topping:
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter
campurkan serbuk koko
kacau rata Pukul telur dan gula hingga sebati,
nak pakai mixer boleh nak handwisk pun boleh.
2. Dah siap masukkan susu cair,
esen vanilla, gaul lagi pastu baru masukkan tepung dan soda bikarbonate.
3. Untuk adunan dah siap! Panaskan oven 170C. Masukkan adunan tadi dalam loyang petak,
taburkan segala jenis kacang yang ada. lapiskan dengan kertas minyak nanti senang nak keluarkan kek.
Masak, lebih kurang 20 minit pastu nanti keluarkan balik.
4. untuk topping
Masukkan cream cheese pukul guna pemutar,
dah kembang masukkan gula dan telur tambah esen vanilla sedikit.
5. Tuang topping cream cheese tadi atas kek yang sudah dikeluarkan tadi,
bakar balik dalam 15 minit, bergantung pada keluasan dan kelebaran oven memasing.
Agak-agak dah kuning keemasan tu masak lah tu.
6. Corak atas tu, tinggalkan sikit adunan coklat tadi,
masuk dalam beg plastik air..gunting sedikit dibucu dan paipkan atas
cheese tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment