Wednesday, February 15, 2012

Resepi Coklat Chip


Resepi Coklat Chip
Saya tahu anda dah tak sabar nak cuba resepi coklat chip. Jangan risau resepi ini tak akan ke mana-mana ;-) Seperti biasa kita akan mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan biskut coklat chip ini.

Resepi Coklat Chip : Bahan-bahan Utama

  • 250g mentega
  • 150g gula perang
  • 150g gula kastor
  • 3 kuning telur
  • 300g tepung
  • 3 camca teh baking power
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 100g coklat chip
  • 100g badam yang dicincang
  • esen vanila secukup rasa

Resepi Biskut Coklat Chip Cara Menyediakan

1) Ayak tepung, baking power, soda bikarbonat dan serbuk koko bersama
2) Masukkan gula kastor dan gula perang bersama mentega dan pukul campuran sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan kuning telur dan teruskan pukul.
3) Campur bahan-bahan yang telah diayak dalam langkah (1) ke dalam adunan dalam langkah (2) Masukkan coklat chip dan juga badam yang telah dicincang. Gaul sehingga sebati.
4) Dengan menggunakan tangan/sudu/acuan, bentukkan bulatan biskut dan susun bulatan biskut tersebut di atas tray. Bulatan yang dibentuk janganlah terlalu besar dan bila susun jarakkan antara satu sama lain sejauh 2 inci antara satu sama lain kerana biskut yang dibakar nanti akan mengembang dan menjadi besar.
5) Sudah siap bolehlah dibakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 170 darjah celcius (bergantung pada oven masing-masing)

Resepi Coklat Chip Sungguh Senang !

Ya, betul! Resepi ini sungguh senang dan anda pun boleh lakukannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah sediakan bahan-bahan di atas dan ikut langkah yang telah diterangkan.
komen ye...sekian dulu dari saya xD...

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post