Berkongsi resepi makanan menggunakan chocolate.Sumber resepi dari pelbagai sudut, Apa saja resepi disini boleh disalin semula.."semoga bermanafaat untuk semua". "Tunggu 5sec Skip add ya"
Wednesday, February 15, 2012
Kek coklat tanpa butter
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
=====================================================================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1)Pukul telur hingga kembang
2)Masukkan gula dan pukul lagi
3)Kemudian masukkan minyak masak
4)Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5)Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6)Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment