Wednesday, February 15, 2012

Resepi Coklat Oreo


Resepi Coklat Oreo

Saya pasti anda pernah mencuba biskut oreo tetapi pernahkah anda mencuba resepi coklat oreo truffle ? Senang sahaja untuk menyediakan bebola coklat oreo ini. Anda boleh jadikan bebola coklat oreo sebagai pencuci mulut kerana rasanya yang lazat dan penyediaannya yang cepat. Jom kita tengok bagaimana ingin menyediakan coklat oreo  ini :

Resepi Coklat Oreo : Bahan Bahan Yang Diperlukan

1) 1 paket oreo. Jika anda ingin menyediakan banyak, boleh gunakan lebih dari 1 paket.
2) 1 paket keju krim (cream cheese)
3) Coklat compound/masakan untuk menyalut oreo truffle anda nanti.
Bahan-bahan untuk resepi coklat oreo ini boleh didapati di pasaraya atau kedai kek yang berhampiran.

Resepi Coklat Oreo : Cara Menyediakan

1) Kisar biskut oreo dengan menggunakan pengisar. Kuantiti biskut oreo bergantung kepada kuantiti oreo truffle yang anda ingin hasilkan. Pastikan biskut oreo dikisar menjadi halus supaya mudah untuk anda gaulkan bersama keju krim.
2) Masukkan 1 paket keju krim ke dalam serbuk oreo yang telah dikisar. Gaulkan dengan menggunakan tangan.
3) Bentukkan bebola oreo atau oreo truffle dengan menggunakan tangan.
4) Setelah siap, anda boleh mula cairkan coklat. Coklat ini akan digunakan untuk menyalut bebola oreo yang anda sediakan sebentar tadi. Cara untuk mencairkan coklat ini adalah dengan menggunakan set double boiler. Cara mencairkan menggunakan double boiler pernah diterangkan dalam resepi coklat homemade, atau anda boleh menonton video di bawah.
5) Apabila coklat sudah cair, anda bolehlah celupkan setiap bebola oreo anda ke dalam coklat. Sejukkan coklat yang telah disalut di dalam peti ais.

Klik Sini Video Resepi Coklat Oreo




No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post