Sunday, June 7, 2015

Resepi Coklat Chip Muffin



Masa:
Penyediaan: 10 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 12 cup

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung(plain flour)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan susu dutch lady full cream
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 3/4 cawan coklat cip(semi sweet)
  • 2 sudu kecil essence vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada 200 darjah Celsius
  2. Dalam Mangkuk satukan tepung gula baking powder coklat cip dan garam, kacau rata
  3. Dalam mangkuk berasingan satukan susu, minyak, telur dan essence vanilla. Tuang kedalam mangkuk bahan kering sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati. Adunan akan menjadi sedikit pekat dan berketul-ketul.
  4. Isikan adunan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.
Tips:
Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk kedalam muffin menggunakan bilah pencungkil gigi(toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan bersih(tidak melekat).

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post