Monday, June 29, 2015

Resepi ALMOND LONDON LAZAT

Mungkin adalah coklatnya yang kaya, atau buah badamnya yang rangup, ataupun gula icingnya yang manis memikat. Tak kira yang mana anda suka, resepi Almond London Lazat ini semestinya menjadi padanan yang sejati buat musim Raya ini!

Kebelakangan ini, biskut yang lazat ini semakin popular sebagai kegemaran musim perayaan ini. Resepi Almond London Lazat dari QL Kitchen ini memaparkan seluruh biji badam yang dibalut dengan biskut dan diselaputi dengan lapisan coklat yang kaya. Taburkan serpihan badam panggang di atasnya untuk menambahkan kerangupan kepada klasik perayaan ini.



Jangan terperanjat bila biskut ini menghilang dalam sekelip mata!

RESEPI ALMOND LONDON LAZAT
Author / Pengarang: QL Chef
Recipe type / Jenis resepi: Manisan, Kek & Biskut Cuisine / Masakan: Antarabangsa
Prep time / Masa penyediaan:  30 mins Cook time / Masa memasak:  20 mins Total time / Jumlah masa:  50 mins
Serving for / Sajian untuk: 100 ketul biskut

INGREDIENTS / BAHAN-BAHAN
100 biji Badam (penuh)
1 kg Cip covertoures coklat
70 g Serpihan badam

Untuk biskut
125 g Mentega
35 g Gula icing
½ biji Telur QL Omega
190 g Tepung
35 g Badam kisar

INSTRUCTIONS / CARA-CARA
1 Panggangkan biji badam (penuh) di dalam ketuhar selama 10 minit pada 160⁰C.
2 Kemudian, krimkan mentega dengan gula icing. Setelah ia berkrim, tambahkan telur QL Omega.


3  lipatkan masuk tepung dan badam kisar


 4 Ambilkan 8 g adunan dan balutkan sebiji badam dengannya. Ulangi langkah ini untuk baki adunan     dan badam


5 Bakar di dalam ketuhar pada 160⁰C selama 18 minit. Setelah masak, biarkannya menyejuk.
6 Cairkan cip covertoures coklat di dalam ketuhar microwave selama 1-2 minit.
7 Selaputi biskut badam dengan coklat cair dan pindahkan ke dalam cawan kertas.
8 Sudukan lebih lagi coklat ke atas biskut dan taburkan sedikit serpihan badam panggang ke atasnya.
9 Biarkannya mengeras di dalam peti sejuk atau bilik berhawa dingin.



aduduh memang terbaik dan sedap kuih ni..kalau buat 15 ramadhan alamat tak sempat kuih ni tengok hari raya

sumber resepi sini

RESEPI KEK BLACK FOREST KLASIK


Kek Black forest adalah kegemaran klasik dengan beberapa komponen yang amat mudah: kek coklat, whipped cream, buah ceri dan coklat. Walaupun resepi kek black forest tradisional German (forest torte) mengandungi Kirsch, sejenis arak cherry, namun kini kek black forest yang bebas dari alcohol mudah didapati.

Resepi kek black forest ini menggunakan span coklat yang moist dan ringan, yang mudah disediakan dalam masa lima ke sepuluh minit dengan menggunakan pemukul elektrik. Ganache dan topping whipped –nya juga mudah untuk disediakan. Kek ini dipasang dengan gaya bebas supaya mudah untuk semua, termasuklah untuk mereka yang kurang mahir lagi dengan kek, untuk menghasilkan kek yang cantik ini.


RESEPI KEK BLACK FOREST KLASIK

Author / Pengarang: QL Chef
Recipe type / Jenis resepi: Manisan, Kek & Biskut Cuisine / Masakan: Antarabangsa
Prep time / Masa penyediaan:  60 mins Cook time / Masa memasak:  35 mins Total time / Jumlah masa:  1 hour / jam 35 mins
Serving for / Sajian untuk: 1 Kek

INGREDIENTS / BAHAN-BAHAN
Span coklat
115 g campuran kek span coklat
115 g telur QL Omega (lebih kurang 2 biji telur)
25 g air
30 g minyak sayuran

Topping Ganache
55 g coklat gelap
50 g whipping cream
1 tin ceri gelap, disejukkan
150 g topping whip non-dairy

Untuk perhiasan
Ceri segar / beri campur / ceri tin berlebihan

INSTRUCTIONS / CARA-CARA

Untuk menghasilkan span:
1 Panaskan ketuhar kepada 180oC. Alaskan tin kek bulat 6 inci dengan kertas parchment.
2 Pukulkan bersama campuran span, telur QL Omega dan air dengan menggunakan pemukul elektrik    selama 5 hingga 10 minit, sehingga ianya pucat dan pekat.
3 Lipatkan masuk minyak.
4 Tuangkan campuran ke dalam tin kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
5 Biarkan kek menyejuk di atas rak dawai. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk diguna.

Untuk menghasilkan ganache
6 Cairkan coklat di dalam double boiler. Campurkan masuk whipping cream.

Untuk memasang kek:
7 Buangkan air dari ceri tin.
8 Pukulkan krim whipping sehingga gebu.
9 Potongkan kek kepada 3 lapisan yang serata.
10 Sandwickan lapisan kek dengan whipped cream dan ceri, diakhiri dengan lapisan kek.
11 Sapukan ganache ke atas lapisan paling atas kek. 
12 Hiaskan dengan ceri segar, beri campur atau ceri tin yang berlebihan. 
13 Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga menyaji.

resepi from here

Kek Coklat Moist dengan Krim Coklat Gelap


RESEPI KEK COKLAT MOIST

Author / Pengarang: QL Chef
Recipe type / Jenis resepi: Manisan Cuisine / Masakan: Antarabangsa
Prep time / Masa penyediaan:  15 mins Cook time / Masa memasak:  50 mins Total time / Jumlah masa:  1 hour / jam 5 mins
Serving for / Sajian untuk: 8

INGREDIENTS / BAHAN-BAHAN
100g tepung serbaguna atau tepung biasa
50 g serbuk coklat gelap
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh serbuk soda
¼ sudu teh garam
180 g mentega tanpa garam, dibiarkan lembut di tahap suhu bilik
150 g gula kastor
2 biji telur QL Omega
1 sudu teh esen vanila
200 ml susu
Untuk ganache coklat:
200 ml krim whipping
200 g coklat gelap berkualiti (lebih baik jika 60% koko pejal), dipotong kecil

INSTRUCTIONS / CARA-CARA

Alaskan tin kek 8-inci dengan kertas kek atau kertas parchment.
Ayakkan bersama tepung, serbuk koko, garam, serbuk penaik dan serbuk soda di dalam mangkuk.

Pukulkan mentega dan gula kastor sehingga licin dan gaul sebati.
Pukulkan masuk telur, sebiji demi sebiji, diikuti dengan esen vanilla.






Tambahkan susu dan campuran tepung bergilir-gilir. Pukul sehingga campuran gaul sebati.


Tuangkan campuran kek ke dalam tin kek. Masak selama 40 – 45 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180 C, sehingga batang lidi atau pencucuk keluar bersih kering bila kek dicucuk. Biarkan kek sejuk di atas rak dawai. Keluarkan kek dan buangkan lapisan kertas kek/parchment.

Semasa kek sedang dimasak di dalam ketuhar, sediakan ganache coklat.


Panaskan krim whipping di dalam periuk atas api sederhana sehingga mendidih. Tuangkan krim panas kepada potongan coklat gelap di dalam mangkuk tahan panas dan gaulkan dengan sudu kayu.

Terus gaul sehingga coklat gelap larut sepenuhnya. Jikalau coklat tidak larut, pindahkan mangkuk ke atas periuk dengan air mendidih dan terus gaul sehingga coklat larut sepenuhnya dan licin berkrim.

Sejukkan ganache di dalam peti sejuk selama 20 – 30 minit supaya ianya memekat sedikit.
Sapukan ganache kepada kek yang telah sejuk, atau belahkan kek kepada 2 lapis dan sandwickan dengan ganache coklat serta sapukan ke atas kek.

Hiaskan dengan gulungan coklat, empingan badam panggang atau buah-buahan sebelum dihidangkan. Hidangkan dengan kopi.

PETUA DAN TIPS

Kek coklat moist ini boleh disimpan dalam peti sejuk di dalam bekas kedap udara sehingga 3 hari. Keluarkan kek dan biarkan pada tahap suhu bilik selama 30 minit sebelum dihidangkan.

sumber  klick resepi



Ads Inside Post