Wednesday, June 17, 2015

Resepi Coklat Moist Cheese Cake


Bahan-Bahan

BAHAN A :

2 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn gula halus
1 cwn minyak masak



*1 cwn serbuk koko
*2 cwn tepung gandum
*1 s/k baking powder
*1 s/k soda bicarbonat
1 s/k esen vanilla
1 s/k cocoa emulco@perisa coklat(x de x pe)
1 cwn air panas...

Bahan bertanda * diayak bersama

LAPISAN CHEESE:

250gm Cream Cheese

1 cwn gula kastor

1 biji telur


CARA-CARA MENYEDIAKAN KEK COKLAT :


Pukul telur bersama gula sehingga gula hancur dan kembang

Masukkan vanilla + cocoa emulco dan putar sebentar

Masukkan susu..putar lagi dan masukkan minyak dan putar sebentar.

Masukkan bahan yg telah diayak…apabila dah sebati masukkan air panas dan kacau sehingga sebati

Masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan majerin dan alas dengan kertas minyak biar senang nak keluarkan nanti

Panaskan oven dahulu…boleh dimasak dalam 30-45minit..sehingga atasnye kering untuk letakkan lapisan cheese nanti

Ambil sedikit adunan tuk buat corak diatas lapisan cheese.

CARA-CARA MENYEDIAKAN CHEESE:


Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese.

Pukul cream cheese sehingga gebu.

Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati

CARA MENYEDIAKAN COKLAT MOIST CHEESE CAKE:


Selepas 30-45min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi(bila atas kek sudah kering)

Sudukan cream cheese tadi perlahan2..ratakan keseluruh atas kek

Paipkan adunan coklat tadi atau blueberry jem atas cheese, & lorekkan ikut suka.

Bakar lg selama 15 min atau sehingga cheese masak

Siap

Biar btul2 sejuk baru potong.

No comments:

Post a Comment

Ads Inside Post